Friday, December 21, 2018

REFLEKSI TERAKHIR HMT223

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Setelah hampir 14 minggu, akhirnya kuliah dan tutorial HMT 223 sudah sampai ke penghujungnya. Kuliah terakhir lebih bermakna kerana kuliah dimulakan dengan jamuan beramai-ramai. Jamuan tersebut telah sedikit sebanyak memberi kenangan indah kepada saya.

Pada mulanya, saya agak was-was untuk mengambil kursus ini kerana berlaku pertindihan waktu kuliah dengan subjek teras yang lain. Di samping itu, saya juga ada terdengar ura-ura daripada senior bahawa kursus ini agak susah. Ia sedikit sebanyak telah membuat saya agak takut untuk mengambil kursus ini. Namun begitu, saya telah bertekad untuk mengambil kursus HMT223 bagi semester ini. 

Kursus ini telah memberi pendedahan kepada saya mengenai tatabahasa bahasa melayu. Hal ini demikian kerana saya mempunyai pengetahuan yang agak kurang tentang tatabahasa bahasa melayu dan saya juga dapat mengetahui bahawa tatabahasa bahasa melayu tidaklah sesukar yang disangka. Saya juga semakin cinta dan tertarik untuk mempelajari bahasa melayu dengan lebih mendalam. 

Selain itu, saya juga tertarik dengan gaya pengajaran yang diajar oleh Dr Norsofiah. Hal ini demikian kerana Dr Norsofiah lebih gemar untuk menggunakan platform media sosial untuk berhubung yang mana ianya sangat memudahkan kami. Pembelajaran juga lebih banyak berunsurkan teknologi iaitu platform blog, kahoot, quizlet, google site dan sebagainya. Bagi saya ia merupakan salah satu cara pengajaran yang menarik. 

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Norsofiah atas tunjuk ajar yang diberikan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain atas bantuan dan sokongan yang diberikan. Sekian, terima kasih. 

Friday, December 7, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT 223 MINGGU KE 13

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Tutorial pada minggu ini berlangsung pada hari isnin, 3 Disember 2018. Sebelum kelas tutorial bermula, kami diminta oleh Dr Norsofiah untuk  membaca nota makna penggandaan daripada Asmah Haji Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir. Semasa kelas bermula, kami telah dibahagikan kepada lima kumpulan untuk menjawab tugasan yang diberikan oleh Dr Norsofiah. Kami diminta untuk membina ayat yang mengandungi makna penggandaan yang berbeza- beza. Namun begitu, kami diminta untuk melukis ayat tersebut bukannya ditulis.  Kami harus melukis gambar yang menunjukkan makna penggandaan




Kuliah pada minggu ke 13 ini telah berlangsung pada hari selasa, Disember 2018. Pada kuliah minggu ini, Dr Norsofiah telah menerangkan kepada kami semua mengenai kata ganda separa. Menerusi penerangan yang diberikan oleh Dr Norsofiah, kami dapat mengetahui bahawa penggandaan separa hanya boleh berlaku pada perkataan yang bermula dengan huruf konsonan sahaja. Selain itu, proses penggandaan separa ini juga tidak boleh berlaku terhadap perkataan yang bermula dengan huruf vokal dan juga perkataan yang bermula dengan huruf konsonan tetapi dengan hanya satu suku kata. Sebagai contoh, anai- anai dan was- was. Dr. Norsofiah juga telah menerangkan kepada kami semua  berkaitan penyisipan schwa dan pemanjangan vokal. 

Kuliah kedua pada minggu ke 13 ini telah berlangsung pada hari khamis, 6 Disember 2018. Sebelum kuliah bermula, Dr Norsofiah telah memberi arahan kepada kami semua untuk membaca makna ganda kata nama, kata kerja dan kata adjektif didalam buku tatabahasa dewan. Hal ini demikian kerana kami dikehendaki menjawab kuiz keesokan harinya. 

Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ini. Sekian, terima kasih.

Sunday, December 2, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT223 MINGGU KE 12

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Tutorial pada minggu ini dibatalkan. Namun begitu, Dr  Norsofiah telah meminta kepada kami untuk merakam video dengan merujuk kepada buku Morfologi halaman 34 hingga 39 pada subtopik 2.6( isu penggolongan kata), pilih satu kriteria (semantik, morfologi, sintaksis) untuk menerangkan isu penggolongan kata. Dalam penerangan tersebut, kami dikehendaki untuk menggunakan contoh tertentu. Kami dikehendaki merakam video ini di dalam aplikasi Flipgrid. Tarikh akhir penghantaran tugasan ini ialah pada 29 November sebelum jam 10 malam. Video tersebut hendaklah tidak melebihi tempoh masa 5 minit. 



SELASA (27 NOVEMBER 2018) 

Kuliah pada minggu ini dimulakan dengan ujian pengukuhan menggunakan aplikasi Kahoot. Ujian tersebut adalah brtujuan untuk mengetahui sama ada gaya pembelajaran kami menggunakan kaedah hafalan. Ujian ynag dilakukan juga adalah berkaitan topik yang dikuliahkan pada minggu lepas. 


KHAMIS (29 NOVEMBER 2018)

Kuliah pada minggu ini dimulakan dengan nasihat yang diberikan oleh Dr Norsofiah berkaitan dengan gaya pemakaian seseorang. Nasihat-nasihat yang diberikan adalah berguna kepada kami semua yang bakal bergelar bakal guru ini. Kuliah diteruskan dengan pengagihan nota tentang topik penggandaan. Dr Norsofiah telah menerangkan kepada kami tentang proses-proses penggandaan. Kami juga didedahkan dengan  rumus bahasa Agta iaiti KVK. Dr Norsofiah turut memberikan tugasan baru iaitu kami dikehendaki menilai dan mendedahkan pembentukan kata ganda yang menggunakan rumus KV dan latihan perlu dihantar di bilik beliau pada 3 Disember 2018.

Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ini. 


Friday, November 23, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT223 MINGGU KESEBELAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Sebelum waktu tutorial, kami dikehendaki untuk menjawab pra kuiz yang diberikan oleh Dr Norsofiah. Sekiranya  kami tidak menjawab pra kuiz tersebut, kami akan mengalami kesukanran dalam menjawab soalan kuiz pada keesokan harinya. Pra kuiz tersebut hendaklah dihantar di bilik Dr Norsofiah sebelum hari Jumaat.  Dr Norsofiah juga memesan kepada kami semua agar membaca semua imbuhan kata kerja yang terkandung dalam Tatabahasa Dewan supaya memudahkan kami untuk menjawab kuiz keesokan harinya.Tutorial pada minggu ini telah dijalankan di Perpustakaan Hamzah Sendut 1. Kami dikehendaki menjawab kuiz pada hari tersebut. Kuiz tersebut dijalankan selama 50 minit dan kami dikehendaki menjawabnya secara berpasangan. Kuiz tersebut memerlukan kami untuk membina ayat berdasarkan imbuhan kata kerja yang diberi. Ayat tersebut mestilah terkandung dalam majalah Dewan Budaya, Dewan Masyarakat ataupun Dewan Bahasa. 




Kuliah pada hari Selasa dibatalkan berikutan cuti sempena Maulidur Rasul. Kuliah disambung pada hari Khamis. Kuliah pada hari Khamis adalah berkaitan dengan pengenalpsatian kelas kata. Kelas kata dapat dilihat daripada dua aspek iaitu kriterian morfologi dan sintaksis. Dr Norsofiah juga ada menyentuh tentang ujian diagnostik kelas kata leksikal dan bukan leksikal. Kami juga ada mempelajari beberapa jenis kata kerja seperti kata kerja transitif, kata kerja ekatrasitif, dan dwitransitif. 


Friday, November 16, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT223 MINGGU KESEPULUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Tutorial minggu ini berjalan seperti biasa. Tutorial telah berlangsung pada hari Isnin , 12 November 2018. Sebelum waktu tutorial, Dr Norsofiah telah memberi arahan kepada kami semua untuk membaca buku Rencana Linguistik kerana Dr Norsofiah akan memberikan soalan berkaitan buku tersebut pada waktu tutorial. Kami dikehendaki menjawab soalan yang diberikan secara berpasangan. Soalan tersebut merangkumi soalan berkaitan morfem akar, golongan kata bagi morfem akar, prefiks, sufiks, apitan, kata terbitan yang dihasilkan, golongan kata bagi kata terbitan dan makna kata bagi kata terbitan Bagi kumpulan saya, kami hanya berjaya memperoleh 3 markah daripada 7 markah secara keseluruhan. Kami agak kecewa dengan markah yang diperoleh.



Sesi kuliah juga berlangsung seperti biasa. Kuliah minggu kesepukuh telah berlangsung pada hari Selasa, 13 November 2018. Sebelum memulakan kuliah, kami dikehendaki melakukan senaman yoga yang diketuai oleh Dr Norsofiah. Senaman tersebut sedikit sebanyak telah membantu saya untuk mengatasi perasaan mengantuk kerana kuliah berlangsung pada awal pagi. Kuliah ini telah memberi saya pendedahan dan maklumat tentang kelas kata mengikut aspek morfologi, semantik dan sintaksis. Dr Norsofiah juga telah meminta kami untuk menghantar semula latihan tutorial yang telah kami lakukan pada hari isnin yang lalu dan kami dikehendaki menghantarnya pada hari Jumaat sebelum jam 4.30 petang. Latihan tersebut perlu dibuat semula kerana Dr Norsofiah agak kecewa dengan pencapaian kami semua.



Kuliah kedua telah berlangsung pada hari Khamis, 15 November 2018. Malam sebelum hari kuliah, Dr Norsofiah telah meminta kami semua untuk menyediakan padlet bersama rakan sekerja dan setiap rakan sekerja perlu ada padlet pada hari kuliah. Kuliah kedua ini dimulakan dengan nyanyian lagu Gemuruh oleh Faizal Tahir. Setelah selesai menyanyikannya, kami dikehendaki untuk menyenaraikan lirik lagu Gemuruh dan mengelaskannya mengikut kelas kata beserta justifikasinya. Kami dikehendak 'post' tugasan tersebut di dalam Facebook . Dr kemudiannya membincangkan jawapan. 


Friday, November 2, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT223 MINGGU KELAPAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian. 

Minggu kelapan dimulai terus dengan kuliah yang telah berlangsung pada hari selasa 30 Oktober 2018. Tutorial pada minggu ini telah dibatalkan. Kuliah pada minggu ini merupakan kuliah terakhir berkaitan dengan morfem. Sebelum menghadiri kuliah pada minggu ini, Dr Norsofiah telah menugaskan kami untuk melayari web www.menti.com dan seterusnya berpeluang untuk bertanya sebarang pertanyaan berkaitan tentang morfem. Soalan tersebut kemudiannya akan dijawab oleh Dr Norsofiah pada kuliah keesokan harinya. Pada hari kuliah, Dr Norsofiah telah memberi penerangan kepada kami tentang soalan-soalan berkaitan morfem. 

Kuliah seterusnya telah berlangsung pada hari khamis, 1 Oktober 2018. Sebelum kuliah bermula, Dr Norsofiah telah menugaskan kami sekali lagi untuk melayari laman web www.menti.com  dan dikehendaki untuk menyatakan apa yang kami faham berkaitan tentang kategori leksikal dan bukan leksikal. Kuliah ini merupakan kuliah pertama berkaitan kata. Dr Norsofiah telah menerangkan kepada kami tentang kategori bukan leksikal dan leksikal. 





REFLEKSI KULIAH HMT223 MINGGU KETUJUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian .

Pada minggu ketujuh ini, kuliah dan tutorial telah dibatalkan berikutan dengan minggu konvokesyen. Namun begitu, Dr Norsofiah telah memberi tugasan kepada kami semua untuk menyediakan sebuah video berkaitan dengan morfem menurut buku hasil karya Katamba dan Boij. Tugasan tersebut merupakan tugasan secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli kumpulan dan ahli-ahli kumpulan telah ditentukan oleh Dr Norsofiah.

Tugasan tersebut memerlukan kami untuk mengkaji dan membaca buku Katamba dan Boij supaya dapat mencari maklumat tentang morfem. Video yang dihasilkan hanya selama 4 minit dan perlu dimasukkan dimuat turun  di youtube. Sepanjang menghasilkan tugasan video ini memang kami mengalami sedikit masalah iaitu dari segi pembahagian kerja. Namun begitu, kami telah berbincang dan bersepakat dalam membahagikan tugasan yang diberikan. Akhirnya, kami telah berjaya menghasilkan video tersebut dengan jayanya.

Dr.Norsofiah juga telah memberikan tugasan tambahan kepada kami iaitu kami dikehendaki untuk bergambar di hadapan tanda USM di hadapan DTSP. Tugasan tersebut merupakan tugasan berkumpulan. Tugasan tersebut bertujuan untuk membolehkan kami semua untuk saling mengenali. Semasa bergambar di hadapan tanda USM tersebut, saya dapat melihat kegembiraan graduan-graduan USM yang turut serta bergambar. Melihat kepada kegembiraan mereka, ia sedikit sebanyak telah meningkatkan semangat saya untuk meneruskan pengajian saya di USM yang berbaki 5 sem dengan jayanya. Saya berharap agar saya turut dapat merasai pengalaman berkonvokesyen dan seterusnya dapat membanggakan kedua ibu bapa saya.






Friday, October 19, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT223 MINGGU KEENAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Tutorial minggu keenam telah berlangsung pada hari isnin, 15 oktober 2018. Tutorial pada minggu ini dimulakan dengan perbincangan latihan tutorial yang telah ditugaskan oleh Dr Norsofiah. Latihan utorial tersebut adalah berkenaan dengan bahasa Zulu. Kami semua dikehendaki untuk menjawab soalan berkaitan morfem dalam bahasa Zulu. Contohnya, morfem yang mendukung makna jamak dalam bahasa Zulu ialah Aba- manakala morfem yang mendukung makna tunggal dalam bahasa Zulu ialah Um-. Menerusi latihan ini, kami dapat mengetahui tentang penggunaan morfem dalam bahasa Zulu serta makna penggunaanya.
Latihan tutorial

Kuliah pertama minggu keenam telah berlangsung pada hari selasa, 16 oktober 2018. Kuliah pada minggu ini telah dimulakan dengan pembelajaran mengenai morfem derivasi. Dr Norsofiah telah memberi penerangan dengan lebih lanjut berkaitan morfem derivasi ini. Morfem derivasi merupakan morfem yang boleh menghasilkan kata baru. Morfem derivasi juga boleh mengubah makna serta kelas kata.
Nota morfem derivasi 

Kuliah kedua minggu keenam pula telah berlangsung pada hari khamis, 18 oktober 2018. Kuliah tersebut disambung semula dengan pembelajaran mengenai morfem infleksi. Morfem infleksi pula menerangkan tentang penggunaan morfem yang tidak mengubah kelas kata dan hanya membawa maklumat nahuan. Semasa kuliah ini juga kami ditugaskan untuk menjawab soalan kuiz menerusi aplikasi Kahoot. Kuiz tersebut merupakan kuiz bergred.
Nota morfem infleksi

Sepanjang minggu ini, saya telah mendapat pendedahan dan pengetahuan berkaitan morfem derivasi dan infleksi.

Sekian, terima kasih.


Friday, October 12, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT 223 MINGGU KELIMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

ISNIN, 8/10/2018
Tutorial minggu ini dimulakan dengan perbincangan tugasan yang diberikan oleh Dr Norsofiah berkaitan dengan morfem. Latihan tersebut merupakan latihan bergred dan kami dikehendaki menjawabya secara berkumpulan. Menerusi perbincangan ini, Dr Norsofiah telah meminta kami semua untuk memberi jawapan kami berkaitan latihan tersebut. Kami telah mendapat keputusan latihan tersebut. Latihan tersebut meminta kami untuk mengklasifikasikan prefiks (awalan), sufiks (akhiran), konfiks (apitan), infiks (sisipan), kata akar, kata dasar, dan kategori kata bagi sembilan perkataan yang telah diberikan.

SELASA, 9/10/2018
Kuliah minggu kelima dimulakan dengan perbincangan tentang morfem. Dr Norsofiah telah menerangkan kepada kami tentang jenis-jenis morfem. Kami dikehendaki untuk menjawab kuiz berkaitan morfem. Kami telah diberikan tugasan untuk menjawab quizlet.com berkaitan morfem. Kami juga diberikan kuiz online tentang morfem sehari sebelum kuliah. Kami juga telah diberikan gred berdasarkan jawapan yang telah dijawab. Dr Norsofiah juga telah memberikan kami kuliah berkaitan dengan jenis-jenis morfem. Morfem terbahagi kepada dua jenis iaitu morfem bebas dan morfem terikat.Morfem bebas terbahagi kepada dua iaitu morfem bebas kelas terbuka dan morfem bebas kelas tertutup manakala morfem terikat pula terbahagi kepada dua iaitu morfem terikat derivasi dan infleksi.  Selain itu, Dr Norsofiah juga ada menerangkan tentang morfem derivasi dan morfem infleksi. Saya juga telah memperoleh maklumat berkaitan leksem dan morf. 


KHAMIS, 11/10/2018
Kuliah seterusnya dimulakan dengan pembahagian nota-nota bahasa melayu. Nota-nota yang diberikan merangkumi Tatabahasa Dewan, Nahu Melayu Mutakhir, An Intoduction to Linguistics Morphology dan sebagainya. Menurut Dr Norsofiah, nota tersebut merupakan panduan kepada kami sepanjang kursus ini. Dr Norsofiah juga telah menerangkan kepada kami dengan lebih lanjut tentang miorfem akar dan morfem dasar. Morfem akar merupakan morfem yang mendukung makna leksikal manakala morfem dasar merupakan morfem akar yang bergabung dengan morfem terikat. Morfem bebas boleh menjadi morfem akar namun morfem akar boleh menjadi morfem bebas dan terikat.


Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ini. Terima kasih.








Friday, October 5, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT 223 MINGGU KEEMPAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Minggu keempat ini dimulakan dengan kuliah yang telah berlangsung pada 2 Oktober 2018 di dewan kuliah J.Sebelum  kuliah tersebut berlangsung, kami telah diberi tugasan untuk menjawab kuiz yang telah diberikan oleh Dr Norsofiah berkaitan tentang morfem. Pada hari kuliah tersebut, kami telah berbincang tentang soalan-soalan kuiz tersebut. Dr Norsofiah juga telah memberikan penerangan tentang apa itu morfem. Tutorial pada minggu keempat telah digantikan dari hari isnin kepada hari jumaat.

Kuliah seterusnya telah berlangsung pada 4 Oktober 2018. Pada hari kuliah tersebut, kami telah menyerahkan tugasan yang diberikan oleh Dr Norsofiah. Tugasan tersebut adalah berkaitan soalan yang perlu dijawab tentang morfem dan kami dikehendaki menjalankan tugasan tersebut secara berpasangan. Semasa berlangsungnya kuliah tersebut, Dr Norsofiah juga menugaskan kami untuk menjawab kuiz berkaitan tentang morfem menerusi aplikasi Kahoot. 

Tutorial ganti telah dijalankan pada hari jumaat, 5 oktober 2018. Semasa tutorial ini, Dr Norsofiah memberi penerangan kepada kami semua tentang penggunaan google site dan bagaimana untuk membuat e portfolio menggunakan google site. Kami juga dikehendaki membuat e portfolio kami sendiri dan dikehendaki untuk menghantarnya pada minggu ke-14. 

Keseluruhannya, pada minggu ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan tentang morfem dan secara tidak langsung dapat menambahkan ilmu tatabahasa saya. 

Sekian, Terima Kasih.



Friday, September 28, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT223 MINGGU KETIGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr. Norsofiah dan rakan-rakan sekalian. 

Permulaan minggu ketiga ini dimulai dengan kelas tutorial yang telah berlangsung pada hari isnin, 24 September 2018. Tutorial telah berlangsung selama 1 jam iaitu dari pukul 2.00 petang hingga 3.00 petang. Pada waktu tutorial tersebut, kami dikehendaki untuk berbincang mengenai tugasan tutorial yang telah diberikan iaitu berkaitan tentang infografik. Infografik yang kami dikehendaki laksanakan adalah berkaitan tentang tatabahasa deskriptif dan preskriptif. Menerusi tugasan yang diberikan, kami dapat mengetahui tentang bagaimana cara untuk menyediakan infografik. 

Pada waktu kuliah pula iaitu pada 25 September 2018,  kami menyambung kembali perbincangan mengenai tatabahasa deskriptif dan preskriptif. Dr Norsofiah juga telah menyediakan kami kuiz berkenaan tajuk tersebut dan kami dikehendaki menjawabnya. Menerusi kuiz yang dijalankan, Dr Norsofiah dapat mengetahui adakah masih terdapat pelajar yang masih kurang jelas tentang tatabahasa preskriptif dan deskriptif. Dr Norsofiah juga telah memeberi tugasan kepada kami semua untuk menyediakan satu video temubual berkaitan penggunaan tatabahasa deskriptif dan preskriptif dalam kalangan para pelajar USM.  

Kuliah kedua pula telah berlangsung pada hari khamis 27 September 2018. Pada kuliah tersebut, Dr. Norsofiah telah menayangkan beberapa video temubual yang telah kami lakukan. Menerusi video tersebut, kami dapat mngetahui sama ada pelajar USM kebanyakannya menggunakan tatabahasa deskriptif atau preskriptif. Pada kuliah tersebut juga, Dr Norsofiah juga telah memberi tugasan kepada kami supaya menulis persoalan tentang tatabahasa deskriptif atau preskriptif dan jawapan harus diberikan oleh rakan-rakan yang lain. 

Secara keseluruhannya, sepanjang minggu tutorial dan kuliah ini, saya lebih memahami tentang penggunaan tatabahasa deskriptif dan preskriptif. Sekian, Terima Kasih. 




Friday, September 21, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT223 MINGGU KEDUA

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Kuliah kedua kami telah berlangsung pada hari selasa yang lalu dan bertempat di bilik tutorial 141. Aktiviti pertama yang telah kami lakukan sebaik sahaja tiba di kelas ialah melakukan kuiz menggunakan quizlet live . Kuiz tersebut adalah bertujuan untuk mengetahui kehadiran kami di kelas dan juga bertujuan untuk aktiviti berkumpulan. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kami ditugaskan untuk menjawab beberapa soalan berkaitan dengan ahli kelas yang lain. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membolehkan kami mengenali ahli kelas yang lain dengan lebih mendalam. Menerusi kuliah kedua ini juga, Dr Norsofiah juga ada menerangkan tentang topik berkaitan tentang linguistik, morfologi linguistik dan bahasa. Kami telah mendapat input yang berguna daripada penjelasan yang telah diberikan oleh Dr. Norsofiah.


Kuliah ketiga pula telah berlangsung pada hari khamis bertempat di dewan kuliah R. Kami juga ditugaskan sekali lagi untuk menjawab kuiz menggunakan quizlet live. Seterusnya, Dr Norsofiah juga menerangkan tentang penggunaan korpus. Menerusi penerangan tersebut kami telah mendapati bahawa penggunaan korpus amat penting terutama sekali kepada kami yang bakal bergelar guru.Pada penghujung kelas, kami telah diberikan tugasan untuk mencari novel yang bukan dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami juga dikehendaki supaya memuat naik novel tersebut di dalam bentuk notepad dan seterusnya dijadikan korpus. Tugasan ini sememangnya mencabar namun kami akan mencuba sehabis baik untuk menjayakannya. 


Sekian, Terima Kasih.




Thursday, September 13, 2018

REFLEKSI KULIAH PERTAMA HMT223/4

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Dr. Norsofiah dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Diharapkan agar Dr. Norsofiah dan rakan-rakan sekalian berada dalam keadaan sihat selalu. 

Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri saya . Nama saya Nur Syaza Sahira Binti Salim dan saya merupakan pelajar tahun kedua Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Saya merupakan pelajar jurusan Sastera dengan Pendidikan yang bermajorkan Geografi dan berminorkan Bahasa Melayu. 

Refleksi saya terhadap kuliah pertama yang telah berlangsung pada hari Khamis 13 September 2018 ialah saya mendapati bahawa subjek HMT223 iaitu kursus morfologi bahasa melayu merupakan kursus yang penting dan mempunyai banyak kelebihan terutama kepada bakal-bakal guru termasuk diri saya sendiri. Hal ini demikian kerana berdasarkan penerangan yang telah diberikan daripada Dr. Norsofiah tentang kursus ini, saya turut mendapati bahawa kursus ini penting untuk memantapkan lagi penguasaan tatabahasa. Penerangan yang diberikan oleh Dr. Norsofiah juga jelas dan lengkap. 

Selain itu, saya juga merasakan bahawa kursus ini merupakan salah satu kursus yang sangat menarik. Hal ini demikian  kerana penggunaan pelbagai platform media massa seperti Facebook, Telegram dan Blog yang digunakan sepanjang proses pembelajaran ini. Penggunaan pelbagai platform media massa ini sememangnya dapat memudahkan saya untuk mengakses pelbagai maklumat tentang kursus ini dan ia juga merupakan pendekatan yang sangat menarik. 

Akhir sekali, saya berharap agar saya dapat meneruskan kursus ini dengan jayanya dan seterusnya dapat memperoleh gred yang cemerlang dalam kursus ini. 

Sekian, Terima Kasih.