Friday, November 2, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT223 MINGGU KETUJUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian .

Pada minggu ketujuh ini, kuliah dan tutorial telah dibatalkan berikutan dengan minggu konvokesyen. Namun begitu, Dr Norsofiah telah memberi tugasan kepada kami semua untuk menyediakan sebuah video berkaitan dengan morfem menurut buku hasil karya Katamba dan Boij. Tugasan tersebut merupakan tugasan secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli kumpulan dan ahli-ahli kumpulan telah ditentukan oleh Dr Norsofiah.

Tugasan tersebut memerlukan kami untuk mengkaji dan membaca buku Katamba dan Boij supaya dapat mencari maklumat tentang morfem. Video yang dihasilkan hanya selama 4 minit dan perlu dimasukkan dimuat turun  di youtube. Sepanjang menghasilkan tugasan video ini memang kami mengalami sedikit masalah iaitu dari segi pembahagian kerja. Namun begitu, kami telah berbincang dan bersepakat dalam membahagikan tugasan yang diberikan. Akhirnya, kami telah berjaya menghasilkan video tersebut dengan jayanya.

Dr.Norsofiah juga telah memberikan tugasan tambahan kepada kami iaitu kami dikehendaki untuk bergambar di hadapan tanda USM di hadapan DTSP. Tugasan tersebut merupakan tugasan berkumpulan. Tugasan tersebut bertujuan untuk membolehkan kami semua untuk saling mengenali. Semasa bergambar di hadapan tanda USM tersebut, saya dapat melihat kegembiraan graduan-graduan USM yang turut serta bergambar. Melihat kepada kegembiraan mereka, ia sedikit sebanyak telah meningkatkan semangat saya untuk meneruskan pengajian saya di USM yang berbaki 5 sem dengan jayanya. Saya berharap agar saya turut dapat merasai pengalaman berkonvokesyen dan seterusnya dapat membanggakan kedua ibu bapa saya.






No comments:

Post a Comment