Sebelum waktu tutorial, kami dikehendaki untuk menjawab pra kuiz yang diberikan oleh Dr Norsofiah. Sekiranya kami tidak menjawab pra kuiz tersebut, kami akan mengalami kesukanran dalam menjawab soalan kuiz pada keesokan harinya. Pra kuiz tersebut hendaklah dihantar di bilik Dr Norsofiah sebelum hari Jumaat. Dr Norsofiah juga memesan kepada kami semua agar membaca semua imbuhan kata kerja yang terkandung dalam Tatabahasa Dewan supaya memudahkan kami untuk menjawab kuiz keesokan harinya.Tutorial pada minggu ini telah dijalankan di Perpustakaan Hamzah Sendut 1. Kami dikehendaki menjawab kuiz pada hari tersebut. Kuiz tersebut dijalankan selama 50 minit dan kami dikehendaki menjawabnya secara berpasangan. Kuiz tersebut memerlukan kami untuk membina ayat berdasarkan imbuhan kata kerja yang diberi. Ayat tersebut mestilah terkandung dalam majalah Dewan Budaya, Dewan Masyarakat ataupun Dewan Bahasa.
Kuliah pada hari Selasa dibatalkan berikutan cuti sempena Maulidur Rasul. Kuliah disambung pada hari Khamis. Kuliah pada hari Khamis adalah berkaitan dengan pengenalpsatian kelas kata. Kelas kata dapat dilihat daripada dua aspek iaitu kriterian morfologi dan sintaksis. Dr Norsofiah juga ada menyentuh tentang ujian diagnostik kelas kata leksikal dan bukan leksikal. Kami juga ada mempelajari beberapa jenis kata kerja seperti kata kerja transitif, kata kerja ekatrasitif, dan dwitransitif.
No comments:
Post a Comment