Friday, November 16, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT223 MINGGU KESEPULUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Tutorial minggu ini berjalan seperti biasa. Tutorial telah berlangsung pada hari Isnin , 12 November 2018. Sebelum waktu tutorial, Dr Norsofiah telah memberi arahan kepada kami semua untuk membaca buku Rencana Linguistik kerana Dr Norsofiah akan memberikan soalan berkaitan buku tersebut pada waktu tutorial. Kami dikehendaki menjawab soalan yang diberikan secara berpasangan. Soalan tersebut merangkumi soalan berkaitan morfem akar, golongan kata bagi morfem akar, prefiks, sufiks, apitan, kata terbitan yang dihasilkan, golongan kata bagi kata terbitan dan makna kata bagi kata terbitan Bagi kumpulan saya, kami hanya berjaya memperoleh 3 markah daripada 7 markah secara keseluruhan. Kami agak kecewa dengan markah yang diperoleh.



Sesi kuliah juga berlangsung seperti biasa. Kuliah minggu kesepukuh telah berlangsung pada hari Selasa, 13 November 2018. Sebelum memulakan kuliah, kami dikehendaki melakukan senaman yoga yang diketuai oleh Dr Norsofiah. Senaman tersebut sedikit sebanyak telah membantu saya untuk mengatasi perasaan mengantuk kerana kuliah berlangsung pada awal pagi. Kuliah ini telah memberi saya pendedahan dan maklumat tentang kelas kata mengikut aspek morfologi, semantik dan sintaksis. Dr Norsofiah juga telah meminta kami untuk menghantar semula latihan tutorial yang telah kami lakukan pada hari isnin yang lalu dan kami dikehendaki menghantarnya pada hari Jumaat sebelum jam 4.30 petang. Latihan tersebut perlu dibuat semula kerana Dr Norsofiah agak kecewa dengan pencapaian kami semua.



Kuliah kedua telah berlangsung pada hari Khamis, 15 November 2018. Malam sebelum hari kuliah, Dr Norsofiah telah meminta kami semua untuk menyediakan padlet bersama rakan sekerja dan setiap rakan sekerja perlu ada padlet pada hari kuliah. Kuliah kedua ini dimulakan dengan nyanyian lagu Gemuruh oleh Faizal Tahir. Setelah selesai menyanyikannya, kami dikehendaki untuk menyenaraikan lirik lagu Gemuruh dan mengelaskannya mengikut kelas kata beserta justifikasinya. Kami dikehendak 'post' tugasan tersebut di dalam Facebook . Dr kemudiannya membincangkan jawapan. 


No comments:

Post a Comment