Friday, December 7, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT 223 MINGGU KE 13

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Tutorial pada minggu ini berlangsung pada hari isnin, 3 Disember 2018. Sebelum kelas tutorial bermula, kami diminta oleh Dr Norsofiah untuk  membaca nota makna penggandaan daripada Asmah Haji Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir. Semasa kelas bermula, kami telah dibahagikan kepada lima kumpulan untuk menjawab tugasan yang diberikan oleh Dr Norsofiah. Kami diminta untuk membina ayat yang mengandungi makna penggandaan yang berbeza- beza. Namun begitu, kami diminta untuk melukis ayat tersebut bukannya ditulis.  Kami harus melukis gambar yang menunjukkan makna penggandaan




Kuliah pada minggu ke 13 ini telah berlangsung pada hari selasa, Disember 2018. Pada kuliah minggu ini, Dr Norsofiah telah menerangkan kepada kami semua mengenai kata ganda separa. Menerusi penerangan yang diberikan oleh Dr Norsofiah, kami dapat mengetahui bahawa penggandaan separa hanya boleh berlaku pada perkataan yang bermula dengan huruf konsonan sahaja. Selain itu, proses penggandaan separa ini juga tidak boleh berlaku terhadap perkataan yang bermula dengan huruf vokal dan juga perkataan yang bermula dengan huruf konsonan tetapi dengan hanya satu suku kata. Sebagai contoh, anai- anai dan was- was. Dr. Norsofiah juga telah menerangkan kepada kami semua  berkaitan penyisipan schwa dan pemanjangan vokal. 

Kuliah kedua pada minggu ke 13 ini telah berlangsung pada hari khamis, 6 Disember 2018. Sebelum kuliah bermula, Dr Norsofiah telah memberi arahan kepada kami semua untuk membaca makna ganda kata nama, kata kerja dan kata adjektif didalam buku tatabahasa dewan. Hal ini demikian kerana kami dikehendaki menjawab kuiz keesokan harinya. 

Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ini. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment