Friday, September 21, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT223 MINGGU KEDUA

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Kuliah kedua kami telah berlangsung pada hari selasa yang lalu dan bertempat di bilik tutorial 141. Aktiviti pertama yang telah kami lakukan sebaik sahaja tiba di kelas ialah melakukan kuiz menggunakan quizlet live . Kuiz tersebut adalah bertujuan untuk mengetahui kehadiran kami di kelas dan juga bertujuan untuk aktiviti berkumpulan. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kami ditugaskan untuk menjawab beberapa soalan berkaitan dengan ahli kelas yang lain. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membolehkan kami mengenali ahli kelas yang lain dengan lebih mendalam. Menerusi kuliah kedua ini juga, Dr Norsofiah juga ada menerangkan tentang topik berkaitan tentang linguistik, morfologi linguistik dan bahasa. Kami telah mendapat input yang berguna daripada penjelasan yang telah diberikan oleh Dr. Norsofiah.


Kuliah ketiga pula telah berlangsung pada hari khamis bertempat di dewan kuliah R. Kami juga ditugaskan sekali lagi untuk menjawab kuiz menggunakan quizlet live. Seterusnya, Dr Norsofiah juga menerangkan tentang penggunaan korpus. Menerusi penerangan tersebut kami telah mendapati bahawa penggunaan korpus amat penting terutama sekali kepada kami yang bakal bergelar guru.Pada penghujung kelas, kami telah diberikan tugasan untuk mencari novel yang bukan dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami juga dikehendaki supaya memuat naik novel tersebut di dalam bentuk notepad dan seterusnya dijadikan korpus. Tugasan ini sememangnya mencabar namun kami akan mencuba sehabis baik untuk menjayakannya. 


Sekian, Terima Kasih.




No comments:

Post a Comment