Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Dr. Norsofiah dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Diharapkan agar Dr. Norsofiah dan rakan-rakan sekalian berada dalam keadaan sihat selalu.
Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri saya . Nama saya Nur Syaza Sahira Binti Salim dan saya merupakan pelajar tahun kedua Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Saya merupakan pelajar jurusan Sastera dengan Pendidikan yang bermajorkan Geografi dan berminorkan Bahasa Melayu.
Refleksi saya terhadap kuliah pertama yang telah berlangsung pada hari Khamis 13 September 2018 ialah saya mendapati bahawa subjek HMT223 iaitu kursus morfologi bahasa melayu merupakan kursus yang penting dan mempunyai banyak kelebihan terutama kepada bakal-bakal guru termasuk diri saya sendiri. Hal ini demikian kerana berdasarkan penerangan yang telah diberikan daripada Dr. Norsofiah tentang kursus ini, saya turut mendapati bahawa kursus ini penting untuk memantapkan lagi penguasaan tatabahasa. Penerangan yang diberikan oleh Dr. Norsofiah juga jelas dan lengkap.
Selain itu, saya juga merasakan bahawa kursus ini merupakan salah satu kursus yang sangat menarik. Hal ini demikian kerana penggunaan pelbagai platform media massa seperti Facebook, Telegram dan Blog yang digunakan sepanjang proses pembelajaran ini. Penggunaan pelbagai platform media massa ini sememangnya dapat memudahkan saya untuk mengakses pelbagai maklumat tentang kursus ini dan ia juga merupakan pendekatan yang sangat menarik.
Akhir sekali, saya berharap agar saya dapat meneruskan kursus ini dengan jayanya dan seterusnya dapat memperoleh gred yang cemerlang dalam kursus ini.
Sekian, Terima Kasih.
Insya Allah.
ReplyDelete