ISNIN, 8/10/2018
Tutorial minggu ini dimulakan dengan perbincangan tugasan yang diberikan oleh Dr Norsofiah berkaitan dengan morfem. Latihan tersebut merupakan latihan bergred dan kami dikehendaki menjawabya secara berkumpulan. Menerusi perbincangan ini, Dr Norsofiah telah meminta kami semua untuk memberi jawapan kami berkaitan latihan tersebut. Kami telah mendapat keputusan latihan tersebut. Latihan tersebut meminta kami untuk mengklasifikasikan prefiks (awalan), sufiks (akhiran), konfiks (apitan), infiks (sisipan), kata akar, kata dasar, dan kategori kata bagi sembilan perkataan yang telah diberikan.
SELASA, 9/10/2018
Kuliah minggu kelima dimulakan dengan perbincangan tentang morfem. Dr Norsofiah telah menerangkan kepada kami tentang jenis-jenis morfem. Kami dikehendaki untuk menjawab kuiz berkaitan morfem. Kami telah diberikan tugasan untuk menjawab quizlet.com berkaitan morfem. Kami juga diberikan kuiz online tentang morfem sehari sebelum kuliah. Kami juga telah diberikan gred berdasarkan jawapan yang telah dijawab. Dr Norsofiah juga telah memberikan kami kuliah berkaitan dengan jenis-jenis morfem. Morfem terbahagi kepada dua jenis iaitu morfem bebas dan morfem terikat.Morfem bebas terbahagi kepada dua iaitu morfem bebas kelas terbuka dan morfem bebas kelas tertutup manakala morfem terikat pula terbahagi kepada dua iaitu morfem terikat derivasi dan infleksi. Selain itu, Dr Norsofiah juga ada menerangkan tentang morfem derivasi dan morfem infleksi. Saya juga telah memperoleh maklumat berkaitan leksem dan morf.
KHAMIS, 11/10/2018
Kuliah seterusnya dimulakan dengan pembahagian nota-nota bahasa melayu. Nota-nota yang diberikan merangkumi Tatabahasa Dewan, Nahu Melayu Mutakhir, An Intoduction to Linguistics Morphology dan sebagainya. Menurut Dr Norsofiah, nota tersebut merupakan panduan kepada kami sepanjang kursus ini. Dr Norsofiah juga telah menerangkan kepada kami dengan lebih lanjut tentang miorfem akar dan morfem dasar. Morfem akar merupakan morfem yang mendukung makna leksikal manakala morfem dasar merupakan morfem akar yang bergabung dengan morfem terikat. Morfem bebas boleh menjadi morfem akar namun morfem akar boleh menjadi morfem bebas dan terikat.
Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ini. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment