Friday, December 21, 2018

REFLEKSI TERAKHIR HMT223

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Setelah hampir 14 minggu, akhirnya kuliah dan tutorial HMT 223 sudah sampai ke penghujungnya. Kuliah terakhir lebih bermakna kerana kuliah dimulakan dengan jamuan beramai-ramai. Jamuan tersebut telah sedikit sebanyak memberi kenangan indah kepada saya.

Pada mulanya, saya agak was-was untuk mengambil kursus ini kerana berlaku pertindihan waktu kuliah dengan subjek teras yang lain. Di samping itu, saya juga ada terdengar ura-ura daripada senior bahawa kursus ini agak susah. Ia sedikit sebanyak telah membuat saya agak takut untuk mengambil kursus ini. Namun begitu, saya telah bertekad untuk mengambil kursus HMT223 bagi semester ini. 

Kursus ini telah memberi pendedahan kepada saya mengenai tatabahasa bahasa melayu. Hal ini demikian kerana saya mempunyai pengetahuan yang agak kurang tentang tatabahasa bahasa melayu dan saya juga dapat mengetahui bahawa tatabahasa bahasa melayu tidaklah sesukar yang disangka. Saya juga semakin cinta dan tertarik untuk mempelajari bahasa melayu dengan lebih mendalam. 

Selain itu, saya juga tertarik dengan gaya pengajaran yang diajar oleh Dr Norsofiah. Hal ini demikian kerana Dr Norsofiah lebih gemar untuk menggunakan platform media sosial untuk berhubung yang mana ianya sangat memudahkan kami. Pembelajaran juga lebih banyak berunsurkan teknologi iaitu platform blog, kahoot, quizlet, google site dan sebagainya. Bagi saya ia merupakan salah satu cara pengajaran yang menarik. 

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Norsofiah atas tunjuk ajar yang diberikan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain atas bantuan dan sokongan yang diberikan. Sekian, terima kasih. 

Friday, December 7, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT 223 MINGGU KE 13

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Tutorial pada minggu ini berlangsung pada hari isnin, 3 Disember 2018. Sebelum kelas tutorial bermula, kami diminta oleh Dr Norsofiah untuk  membaca nota makna penggandaan daripada Asmah Haji Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir. Semasa kelas bermula, kami telah dibahagikan kepada lima kumpulan untuk menjawab tugasan yang diberikan oleh Dr Norsofiah. Kami diminta untuk membina ayat yang mengandungi makna penggandaan yang berbeza- beza. Namun begitu, kami diminta untuk melukis ayat tersebut bukannya ditulis.  Kami harus melukis gambar yang menunjukkan makna penggandaan




Kuliah pada minggu ke 13 ini telah berlangsung pada hari selasa, Disember 2018. Pada kuliah minggu ini, Dr Norsofiah telah menerangkan kepada kami semua mengenai kata ganda separa. Menerusi penerangan yang diberikan oleh Dr Norsofiah, kami dapat mengetahui bahawa penggandaan separa hanya boleh berlaku pada perkataan yang bermula dengan huruf konsonan sahaja. Selain itu, proses penggandaan separa ini juga tidak boleh berlaku terhadap perkataan yang bermula dengan huruf vokal dan juga perkataan yang bermula dengan huruf konsonan tetapi dengan hanya satu suku kata. Sebagai contoh, anai- anai dan was- was. Dr. Norsofiah juga telah menerangkan kepada kami semua  berkaitan penyisipan schwa dan pemanjangan vokal. 

Kuliah kedua pada minggu ke 13 ini telah berlangsung pada hari khamis, 6 Disember 2018. Sebelum kuliah bermula, Dr Norsofiah telah memberi arahan kepada kami semua untuk membaca makna ganda kata nama, kata kerja dan kata adjektif didalam buku tatabahasa dewan. Hal ini demikian kerana kami dikehendaki menjawab kuiz keesokan harinya. 

Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ini. Sekian, terima kasih.

Sunday, December 2, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT223 MINGGU KE 12

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Tutorial pada minggu ini dibatalkan. Namun begitu, Dr  Norsofiah telah meminta kepada kami untuk merakam video dengan merujuk kepada buku Morfologi halaman 34 hingga 39 pada subtopik 2.6( isu penggolongan kata), pilih satu kriteria (semantik, morfologi, sintaksis) untuk menerangkan isu penggolongan kata. Dalam penerangan tersebut, kami dikehendaki untuk menggunakan contoh tertentu. Kami dikehendaki merakam video ini di dalam aplikasi Flipgrid. Tarikh akhir penghantaran tugasan ini ialah pada 29 November sebelum jam 10 malam. Video tersebut hendaklah tidak melebihi tempoh masa 5 minit. 



SELASA (27 NOVEMBER 2018) 

Kuliah pada minggu ini dimulakan dengan ujian pengukuhan menggunakan aplikasi Kahoot. Ujian tersebut adalah brtujuan untuk mengetahui sama ada gaya pembelajaran kami menggunakan kaedah hafalan. Ujian ynag dilakukan juga adalah berkaitan topik yang dikuliahkan pada minggu lepas. 


KHAMIS (29 NOVEMBER 2018)

Kuliah pada minggu ini dimulakan dengan nasihat yang diberikan oleh Dr Norsofiah berkaitan dengan gaya pemakaian seseorang. Nasihat-nasihat yang diberikan adalah berguna kepada kami semua yang bakal bergelar bakal guru ini. Kuliah diteruskan dengan pengagihan nota tentang topik penggandaan. Dr Norsofiah telah menerangkan kepada kami tentang proses-proses penggandaan. Kami juga didedahkan dengan  rumus bahasa Agta iaiti KVK. Dr Norsofiah turut memberikan tugasan baru iaitu kami dikehendaki menilai dan mendedahkan pembentukan kata ganda yang menggunakan rumus KV dan latihan perlu dihantar di bilik beliau pada 3 Disember 2018.

Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ini. 


Friday, November 23, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT223 MINGGU KESEBELAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Sebelum waktu tutorial, kami dikehendaki untuk menjawab pra kuiz yang diberikan oleh Dr Norsofiah. Sekiranya  kami tidak menjawab pra kuiz tersebut, kami akan mengalami kesukanran dalam menjawab soalan kuiz pada keesokan harinya. Pra kuiz tersebut hendaklah dihantar di bilik Dr Norsofiah sebelum hari Jumaat.  Dr Norsofiah juga memesan kepada kami semua agar membaca semua imbuhan kata kerja yang terkandung dalam Tatabahasa Dewan supaya memudahkan kami untuk menjawab kuiz keesokan harinya.Tutorial pada minggu ini telah dijalankan di Perpustakaan Hamzah Sendut 1. Kami dikehendaki menjawab kuiz pada hari tersebut. Kuiz tersebut dijalankan selama 50 minit dan kami dikehendaki menjawabnya secara berpasangan. Kuiz tersebut memerlukan kami untuk membina ayat berdasarkan imbuhan kata kerja yang diberi. Ayat tersebut mestilah terkandung dalam majalah Dewan Budaya, Dewan Masyarakat ataupun Dewan Bahasa. 




Kuliah pada hari Selasa dibatalkan berikutan cuti sempena Maulidur Rasul. Kuliah disambung pada hari Khamis. Kuliah pada hari Khamis adalah berkaitan dengan pengenalpsatian kelas kata. Kelas kata dapat dilihat daripada dua aspek iaitu kriterian morfologi dan sintaksis. Dr Norsofiah juga ada menyentuh tentang ujian diagnostik kelas kata leksikal dan bukan leksikal. Kami juga ada mempelajari beberapa jenis kata kerja seperti kata kerja transitif, kata kerja ekatrasitif, dan dwitransitif. 


Friday, November 16, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT223 MINGGU KESEPULUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Tutorial minggu ini berjalan seperti biasa. Tutorial telah berlangsung pada hari Isnin , 12 November 2018. Sebelum waktu tutorial, Dr Norsofiah telah memberi arahan kepada kami semua untuk membaca buku Rencana Linguistik kerana Dr Norsofiah akan memberikan soalan berkaitan buku tersebut pada waktu tutorial. Kami dikehendaki menjawab soalan yang diberikan secara berpasangan. Soalan tersebut merangkumi soalan berkaitan morfem akar, golongan kata bagi morfem akar, prefiks, sufiks, apitan, kata terbitan yang dihasilkan, golongan kata bagi kata terbitan dan makna kata bagi kata terbitan Bagi kumpulan saya, kami hanya berjaya memperoleh 3 markah daripada 7 markah secara keseluruhan. Kami agak kecewa dengan markah yang diperoleh.



Sesi kuliah juga berlangsung seperti biasa. Kuliah minggu kesepukuh telah berlangsung pada hari Selasa, 13 November 2018. Sebelum memulakan kuliah, kami dikehendaki melakukan senaman yoga yang diketuai oleh Dr Norsofiah. Senaman tersebut sedikit sebanyak telah membantu saya untuk mengatasi perasaan mengantuk kerana kuliah berlangsung pada awal pagi. Kuliah ini telah memberi saya pendedahan dan maklumat tentang kelas kata mengikut aspek morfologi, semantik dan sintaksis. Dr Norsofiah juga telah meminta kami untuk menghantar semula latihan tutorial yang telah kami lakukan pada hari isnin yang lalu dan kami dikehendaki menghantarnya pada hari Jumaat sebelum jam 4.30 petang. Latihan tersebut perlu dibuat semula kerana Dr Norsofiah agak kecewa dengan pencapaian kami semua.



Kuliah kedua telah berlangsung pada hari Khamis, 15 November 2018. Malam sebelum hari kuliah, Dr Norsofiah telah meminta kami semua untuk menyediakan padlet bersama rakan sekerja dan setiap rakan sekerja perlu ada padlet pada hari kuliah. Kuliah kedua ini dimulakan dengan nyanyian lagu Gemuruh oleh Faizal Tahir. Setelah selesai menyanyikannya, kami dikehendaki untuk menyenaraikan lirik lagu Gemuruh dan mengelaskannya mengikut kelas kata beserta justifikasinya. Kami dikehendak 'post' tugasan tersebut di dalam Facebook . Dr kemudiannya membincangkan jawapan. 


Friday, November 2, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT223 MINGGU KELAPAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian. 

Minggu kelapan dimulai terus dengan kuliah yang telah berlangsung pada hari selasa 30 Oktober 2018. Tutorial pada minggu ini telah dibatalkan. Kuliah pada minggu ini merupakan kuliah terakhir berkaitan dengan morfem. Sebelum menghadiri kuliah pada minggu ini, Dr Norsofiah telah menugaskan kami untuk melayari web www.menti.com dan seterusnya berpeluang untuk bertanya sebarang pertanyaan berkaitan tentang morfem. Soalan tersebut kemudiannya akan dijawab oleh Dr Norsofiah pada kuliah keesokan harinya. Pada hari kuliah, Dr Norsofiah telah memberi penerangan kepada kami tentang soalan-soalan berkaitan morfem. 

Kuliah seterusnya telah berlangsung pada hari khamis, 1 Oktober 2018. Sebelum kuliah bermula, Dr Norsofiah telah menugaskan kami sekali lagi untuk melayari laman web www.menti.com  dan dikehendaki untuk menyatakan apa yang kami faham berkaitan tentang kategori leksikal dan bukan leksikal. Kuliah ini merupakan kuliah pertama berkaitan kata. Dr Norsofiah telah menerangkan kepada kami tentang kategori bukan leksikal dan leksikal. 





REFLEKSI KULIAH HMT223 MINGGU KETUJUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian .

Pada minggu ketujuh ini, kuliah dan tutorial telah dibatalkan berikutan dengan minggu konvokesyen. Namun begitu, Dr Norsofiah telah memberi tugasan kepada kami semua untuk menyediakan sebuah video berkaitan dengan morfem menurut buku hasil karya Katamba dan Boij. Tugasan tersebut merupakan tugasan secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli kumpulan dan ahli-ahli kumpulan telah ditentukan oleh Dr Norsofiah.

Tugasan tersebut memerlukan kami untuk mengkaji dan membaca buku Katamba dan Boij supaya dapat mencari maklumat tentang morfem. Video yang dihasilkan hanya selama 4 minit dan perlu dimasukkan dimuat turun  di youtube. Sepanjang menghasilkan tugasan video ini memang kami mengalami sedikit masalah iaitu dari segi pembahagian kerja. Namun begitu, kami telah berbincang dan bersepakat dalam membahagikan tugasan yang diberikan. Akhirnya, kami telah berjaya menghasilkan video tersebut dengan jayanya.

Dr.Norsofiah juga telah memberikan tugasan tambahan kepada kami iaitu kami dikehendaki untuk bergambar di hadapan tanda USM di hadapan DTSP. Tugasan tersebut merupakan tugasan berkumpulan. Tugasan tersebut bertujuan untuk membolehkan kami semua untuk saling mengenali. Semasa bergambar di hadapan tanda USM tersebut, saya dapat melihat kegembiraan graduan-graduan USM yang turut serta bergambar. Melihat kepada kegembiraan mereka, ia sedikit sebanyak telah meningkatkan semangat saya untuk meneruskan pengajian saya di USM yang berbaki 5 sem dengan jayanya. Saya berharap agar saya turut dapat merasai pengalaman berkonvokesyen dan seterusnya dapat membanggakan kedua ibu bapa saya.