Friday, September 28, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT223 MINGGU KETIGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr. Norsofiah dan rakan-rakan sekalian. 

Permulaan minggu ketiga ini dimulai dengan kelas tutorial yang telah berlangsung pada hari isnin, 24 September 2018. Tutorial telah berlangsung selama 1 jam iaitu dari pukul 2.00 petang hingga 3.00 petang. Pada waktu tutorial tersebut, kami dikehendaki untuk berbincang mengenai tugasan tutorial yang telah diberikan iaitu berkaitan tentang infografik. Infografik yang kami dikehendaki laksanakan adalah berkaitan tentang tatabahasa deskriptif dan preskriptif. Menerusi tugasan yang diberikan, kami dapat mengetahui tentang bagaimana cara untuk menyediakan infografik. 

Pada waktu kuliah pula iaitu pada 25 September 2018,  kami menyambung kembali perbincangan mengenai tatabahasa deskriptif dan preskriptif. Dr Norsofiah juga telah menyediakan kami kuiz berkenaan tajuk tersebut dan kami dikehendaki menjawabnya. Menerusi kuiz yang dijalankan, Dr Norsofiah dapat mengetahui adakah masih terdapat pelajar yang masih kurang jelas tentang tatabahasa preskriptif dan deskriptif. Dr Norsofiah juga telah memeberi tugasan kepada kami semua untuk menyediakan satu video temubual berkaitan penggunaan tatabahasa deskriptif dan preskriptif dalam kalangan para pelajar USM.  

Kuliah kedua pula telah berlangsung pada hari khamis 27 September 2018. Pada kuliah tersebut, Dr. Norsofiah telah menayangkan beberapa video temubual yang telah kami lakukan. Menerusi video tersebut, kami dapat mngetahui sama ada pelajar USM kebanyakannya menggunakan tatabahasa deskriptif atau preskriptif. Pada kuliah tersebut juga, Dr Norsofiah juga telah memberi tugasan kepada kami supaya menulis persoalan tentang tatabahasa deskriptif atau preskriptif dan jawapan harus diberikan oleh rakan-rakan yang lain. 

Secara keseluruhannya, sepanjang minggu tutorial dan kuliah ini, saya lebih memahami tentang penggunaan tatabahasa deskriptif dan preskriptif. Sekian, Terima Kasih. 




Friday, September 21, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT223 MINGGU KEDUA

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Kuliah kedua kami telah berlangsung pada hari selasa yang lalu dan bertempat di bilik tutorial 141. Aktiviti pertama yang telah kami lakukan sebaik sahaja tiba di kelas ialah melakukan kuiz menggunakan quizlet live . Kuiz tersebut adalah bertujuan untuk mengetahui kehadiran kami di kelas dan juga bertujuan untuk aktiviti berkumpulan. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kami ditugaskan untuk menjawab beberapa soalan berkaitan dengan ahli kelas yang lain. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membolehkan kami mengenali ahli kelas yang lain dengan lebih mendalam. Menerusi kuliah kedua ini juga, Dr Norsofiah juga ada menerangkan tentang topik berkaitan tentang linguistik, morfologi linguistik dan bahasa. Kami telah mendapat input yang berguna daripada penjelasan yang telah diberikan oleh Dr. Norsofiah.


Kuliah ketiga pula telah berlangsung pada hari khamis bertempat di dewan kuliah R. Kami juga ditugaskan sekali lagi untuk menjawab kuiz menggunakan quizlet live. Seterusnya, Dr Norsofiah juga menerangkan tentang penggunaan korpus. Menerusi penerangan tersebut kami telah mendapati bahawa penggunaan korpus amat penting terutama sekali kepada kami yang bakal bergelar guru.Pada penghujung kelas, kami telah diberikan tugasan untuk mencari novel yang bukan dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami juga dikehendaki supaya memuat naik novel tersebut di dalam bentuk notepad dan seterusnya dijadikan korpus. Tugasan ini sememangnya mencabar namun kami akan mencuba sehabis baik untuk menjayakannya. 


Sekian, Terima Kasih.




Thursday, September 13, 2018

REFLEKSI KULIAH PERTAMA HMT223/4

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Dr. Norsofiah dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Diharapkan agar Dr. Norsofiah dan rakan-rakan sekalian berada dalam keadaan sihat selalu. 

Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri saya . Nama saya Nur Syaza Sahira Binti Salim dan saya merupakan pelajar tahun kedua Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Saya merupakan pelajar jurusan Sastera dengan Pendidikan yang bermajorkan Geografi dan berminorkan Bahasa Melayu. 

Refleksi saya terhadap kuliah pertama yang telah berlangsung pada hari Khamis 13 September 2018 ialah saya mendapati bahawa subjek HMT223 iaitu kursus morfologi bahasa melayu merupakan kursus yang penting dan mempunyai banyak kelebihan terutama kepada bakal-bakal guru termasuk diri saya sendiri. Hal ini demikian kerana berdasarkan penerangan yang telah diberikan daripada Dr. Norsofiah tentang kursus ini, saya turut mendapati bahawa kursus ini penting untuk memantapkan lagi penguasaan tatabahasa. Penerangan yang diberikan oleh Dr. Norsofiah juga jelas dan lengkap. 

Selain itu, saya juga merasakan bahawa kursus ini merupakan salah satu kursus yang sangat menarik. Hal ini demikian  kerana penggunaan pelbagai platform media massa seperti Facebook, Telegram dan Blog yang digunakan sepanjang proses pembelajaran ini. Penggunaan pelbagai platform media massa ini sememangnya dapat memudahkan saya untuk mengakses pelbagai maklumat tentang kursus ini dan ia juga merupakan pendekatan yang sangat menarik. 

Akhir sekali, saya berharap agar saya dapat meneruskan kursus ini dengan jayanya dan seterusnya dapat memperoleh gred yang cemerlang dalam kursus ini. 

Sekian, Terima Kasih.