Friday, December 21, 2018

REFLEKSI TERAKHIR HMT223

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Setelah hampir 14 minggu, akhirnya kuliah dan tutorial HMT 223 sudah sampai ke penghujungnya. Kuliah terakhir lebih bermakna kerana kuliah dimulakan dengan jamuan beramai-ramai. Jamuan tersebut telah sedikit sebanyak memberi kenangan indah kepada saya.

Pada mulanya, saya agak was-was untuk mengambil kursus ini kerana berlaku pertindihan waktu kuliah dengan subjek teras yang lain. Di samping itu, saya juga ada terdengar ura-ura daripada senior bahawa kursus ini agak susah. Ia sedikit sebanyak telah membuat saya agak takut untuk mengambil kursus ini. Namun begitu, saya telah bertekad untuk mengambil kursus HMT223 bagi semester ini. 

Kursus ini telah memberi pendedahan kepada saya mengenai tatabahasa bahasa melayu. Hal ini demikian kerana saya mempunyai pengetahuan yang agak kurang tentang tatabahasa bahasa melayu dan saya juga dapat mengetahui bahawa tatabahasa bahasa melayu tidaklah sesukar yang disangka. Saya juga semakin cinta dan tertarik untuk mempelajari bahasa melayu dengan lebih mendalam. 

Selain itu, saya juga tertarik dengan gaya pengajaran yang diajar oleh Dr Norsofiah. Hal ini demikian kerana Dr Norsofiah lebih gemar untuk menggunakan platform media sosial untuk berhubung yang mana ianya sangat memudahkan kami. Pembelajaran juga lebih banyak berunsurkan teknologi iaitu platform blog, kahoot, quizlet, google site dan sebagainya. Bagi saya ia merupakan salah satu cara pengajaran yang menarik. 

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Norsofiah atas tunjuk ajar yang diberikan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain atas bantuan dan sokongan yang diberikan. Sekian, terima kasih. 

Friday, December 7, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT 223 MINGGU KE 13

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Tutorial pada minggu ini berlangsung pada hari isnin, 3 Disember 2018. Sebelum kelas tutorial bermula, kami diminta oleh Dr Norsofiah untuk  membaca nota makna penggandaan daripada Asmah Haji Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir. Semasa kelas bermula, kami telah dibahagikan kepada lima kumpulan untuk menjawab tugasan yang diberikan oleh Dr Norsofiah. Kami diminta untuk membina ayat yang mengandungi makna penggandaan yang berbeza- beza. Namun begitu, kami diminta untuk melukis ayat tersebut bukannya ditulis.  Kami harus melukis gambar yang menunjukkan makna penggandaan




Kuliah pada minggu ke 13 ini telah berlangsung pada hari selasa, Disember 2018. Pada kuliah minggu ini, Dr Norsofiah telah menerangkan kepada kami semua mengenai kata ganda separa. Menerusi penerangan yang diberikan oleh Dr Norsofiah, kami dapat mengetahui bahawa penggandaan separa hanya boleh berlaku pada perkataan yang bermula dengan huruf konsonan sahaja. Selain itu, proses penggandaan separa ini juga tidak boleh berlaku terhadap perkataan yang bermula dengan huruf vokal dan juga perkataan yang bermula dengan huruf konsonan tetapi dengan hanya satu suku kata. Sebagai contoh, anai- anai dan was- was. Dr. Norsofiah juga telah menerangkan kepada kami semua  berkaitan penyisipan schwa dan pemanjangan vokal. 

Kuliah kedua pada minggu ke 13 ini telah berlangsung pada hari khamis, 6 Disember 2018. Sebelum kuliah bermula, Dr Norsofiah telah memberi arahan kepada kami semua untuk membaca makna ganda kata nama, kata kerja dan kata adjektif didalam buku tatabahasa dewan. Hal ini demikian kerana kami dikehendaki menjawab kuiz keesokan harinya. 

Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ini. Sekian, terima kasih.

Sunday, December 2, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT223 MINGGU KE 12

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Tutorial pada minggu ini dibatalkan. Namun begitu, Dr  Norsofiah telah meminta kepada kami untuk merakam video dengan merujuk kepada buku Morfologi halaman 34 hingga 39 pada subtopik 2.6( isu penggolongan kata), pilih satu kriteria (semantik, morfologi, sintaksis) untuk menerangkan isu penggolongan kata. Dalam penerangan tersebut, kami dikehendaki untuk menggunakan contoh tertentu. Kami dikehendaki merakam video ini di dalam aplikasi Flipgrid. Tarikh akhir penghantaran tugasan ini ialah pada 29 November sebelum jam 10 malam. Video tersebut hendaklah tidak melebihi tempoh masa 5 minit. 



SELASA (27 NOVEMBER 2018) 

Kuliah pada minggu ini dimulakan dengan ujian pengukuhan menggunakan aplikasi Kahoot. Ujian tersebut adalah brtujuan untuk mengetahui sama ada gaya pembelajaran kami menggunakan kaedah hafalan. Ujian ynag dilakukan juga adalah berkaitan topik yang dikuliahkan pada minggu lepas. 


KHAMIS (29 NOVEMBER 2018)

Kuliah pada minggu ini dimulakan dengan nasihat yang diberikan oleh Dr Norsofiah berkaitan dengan gaya pemakaian seseorang. Nasihat-nasihat yang diberikan adalah berguna kepada kami semua yang bakal bergelar bakal guru ini. Kuliah diteruskan dengan pengagihan nota tentang topik penggandaan. Dr Norsofiah telah menerangkan kepada kami tentang proses-proses penggandaan. Kami juga didedahkan dengan  rumus bahasa Agta iaiti KVK. Dr Norsofiah turut memberikan tugasan baru iaitu kami dikehendaki menilai dan mendedahkan pembentukan kata ganda yang menggunakan rumus KV dan latihan perlu dihantar di bilik beliau pada 3 Disember 2018.

Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ini.