Tutorial minggu keenam telah berlangsung pada hari isnin, 15 oktober 2018. Tutorial pada minggu ini dimulakan dengan perbincangan latihan tutorial yang telah ditugaskan oleh Dr Norsofiah. Latihan utorial tersebut adalah berkenaan dengan bahasa Zulu. Kami semua dikehendaki untuk menjawab soalan berkaitan morfem dalam bahasa Zulu. Contohnya, morfem yang mendukung makna jamak dalam bahasa Zulu ialah Aba- manakala morfem yang mendukung makna tunggal dalam bahasa Zulu ialah Um-. Menerusi latihan ini, kami dapat mengetahui tentang penggunaan morfem dalam bahasa Zulu serta makna penggunaanya.
Latihan tutorial
Kuliah pertama minggu keenam telah berlangsung pada hari selasa, 16 oktober 2018. Kuliah pada minggu ini telah dimulakan dengan pembelajaran mengenai morfem derivasi. Dr Norsofiah telah memberi penerangan dengan lebih lanjut berkaitan morfem derivasi ini. Morfem derivasi merupakan morfem yang boleh menghasilkan kata baru. Morfem derivasi juga boleh mengubah makna serta kelas kata.
Nota morfem derivasi
Kuliah kedua minggu keenam pula telah berlangsung pada hari khamis, 18 oktober 2018. Kuliah tersebut disambung semula dengan pembelajaran mengenai morfem infleksi. Morfem infleksi pula menerangkan tentang penggunaan morfem yang tidak mengubah kelas kata dan hanya membawa maklumat nahuan. Semasa kuliah ini juga kami ditugaskan untuk menjawab soalan kuiz menerusi aplikasi Kahoot. Kuiz tersebut merupakan kuiz bergred.
Nota morfem infleksi
Sepanjang minggu ini, saya telah mendapat pendedahan dan pengetahuan berkaitan morfem derivasi dan infleksi.
Sekian, terima kasih.